Thursday, August 22, 2013

Program Kembara Bubur Lambuk dan Ziarah Cakna PPDa SMK Seri Jengka

 Pada 18 Julai 2013, Program Kembara Bubur Lambuk dan Ziarah Cakna PPDa SMK Seri Jengka telah diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara warga Seri dan masyarakat luar. Program ini juga merupakan salah satu daripada usaha sekolah dalam membanteras penyalahgunaan dadah sama ada dalam kalangan warga sekolah mahupun masyarakat luar.

Sempena  mengambil keberkatan bulan ramadan, unit PPDa sekolah  merancang program ini bagi mengeratkan permuafakatan antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan di sekitar daerah Maran.  Antara pihak yang terlibat menerima agihan bubur lambuk termasuklah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) warga Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Balai Bomba Daerah Maran,  IPD Maran, Bank Simpanan Nasional Maran, dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji Maran.
En Ismail bin Abas (GPK 1) mengagihkan bubur lambuk di  PPD Maran.

Van Kembara Bubur Lambuk & Ziarah Cakna PPDa



Pengawas  PPDa selaku skuad program bertindak membuat sebaran kempen anti dadah di IPD Maran

Pengagihan bubur lambuk di Balai Bomba Daerah Maran.


Pengagihan bubur lambuk dan  sebaran risalah anti dadah di IPD Maran.




No comments:

Post a Comment