Friday, August 23, 2013

BAHAYA ECTASY !


NAMA GELARAN:
  • MDMA,Pink Lady, Playboy
  • Love Drug, Apple
  • Pil Goyang Kepala
  • YAMA, YABA
  • E, Adam, Eve, X, Speed, XTC, Roll

TANDA DIGUNAKAN:
  • Khayal
  • Cakap berlebihan
  • Menggoyangkan badan dan kepala mengikut muzik tanpa henti.
  • Mendengar muzik dengan kuat

 
AKIBAT BURUK PENGGUNAAN:
¨ Khayal
¨ Kelesuan
¨ Aneroksia
¨ Sukar tidur
¨ Emosi terganggu / paranoid
¨ Menggeletar
¨ Kekejangan otot
¨ Dehidrasi yang teruk
¨ Peningkatan suhu badan melampau
¨ Kecenderungan berindak ganas
¨ Mudah marah
¨ Kegagalan jantung berfungsi
¨ Merosakkan organ-organ utama seperti otak, paru-paru, buah pinggang dan hati.
¨ Kematian akibat peningkatan tekanan darah dan kadar degupan jantung keterlaluan.
¨ Pendarahan otak


 
INFO ECTASY:

¨ Ecstacy merupakan dadah sintetik yang bertindak keatas otak dan merangsang aktiviti fizikal 
penggunanya. Ianya dihasilkan oleh kilang-kilang yang beroperasi secara haram. Kesan ecstacy bermula
selepas 20-40 minit ia masuk kedalam badan.


SANTAI MINDA

KUDA MAKAN RUMPUT


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya   sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

 




No comments:

Post a Comment