Friday, August 23, 2013

KLINIK PURE & CARE

ASSALAMUALAIKUM W.B.K

      Dadah semakin meningkat tinggi di negara kita . Pelabagai cara inisiatif diaambil untuk mengelak kan gejala terus berlaku .Dengan sehubungan itu Pihak AADk telah menubuhkan sebuah klinik . Klinik tersebut dikenali sebagai klinik pure &care .

LATAR BELAKANG KLINIK PURE & CARE

  Sebelum ini, setting perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berteraskan perundangan dan berunsur paksaan. Tetapi kini, AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik C&C 1Malaysia yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai permasalahan berkaitan penagihan dadah, 

   Atas dasar untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C&C telah dibangunkan oleh sekumpulan pegawai AADK dengan matlamat utama iaitu mengekalkan kepulihan daripada pergantungan terhadap dadah (abstinence).

    Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. 



Tujuan :
  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah di dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmatan nasihat kepada mereka yang memerlukan bantuan berkaitan permasalahan dadah.
  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.
 Pakej Pemulihan yang disediakan :
  • Jagaan Harian (Day Care).
  • Residen (Residential Drug Treatment Programme).
  • Pesakit Luar.
Perkhidmatan yang disediakan :
  • Kaunseling dan Bimbingan.
  • Kelompok Sokongan Bantu.
  • Pencegahan Relapse.
  • Kemahiran Hidup.
  • Kemudahan Sukan & Riadah Khidmat Masyarakat.
  • Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan methadone (bagi pusat Khidmat yang terpilih sahaja).
  • Rujukan dan Advokasi.
 Siapa Pelanggan Kami?
  • Pengguna Dadah.
  • Majikan/ Pekerja.
  • Pelajar.
  • Penagih Dadah.
  • Keluarga.
  • Atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dadah.
Mengapa perlu ke Klinik Cure & Care 1 Malaysia?
  • Identiti anda dirahsiakan.
  • Perkhidmatan secara terbuka.
  • Sukarela.
  • Tidak melibatkan tindakan undang-undang.
  • Boleh memiliki pakej perkhidmatan.
CARING COMMUNITY HOUSE (CCH)
(RUMAH KOMUNITI AADK)
  • Merupakan Pusat Singgah Masuk atau Pusat Khidmat Harian.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh komuniti setempat dalam membantu program pemulihan dadah dalam komuniti.
 UNTUK SIAPA?
  • Komuniti setempat dan sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dadah.
FUNGSI PUSAT KHIDMAT
  • Pusat aktiviti harian, singgah masuk, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat dan rujukan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.
 KEMUDAHAN
  • Khidmat Nasihat.
  • Bimbingan.
  • Rujukan & Advokasi.
  • Sumber Maklumat.
KUMPULAN SASARAN
  • OKP.
  •  Kes Sukarela.
  • Pengguna Dadah.
  • Bekas Penagih Dadah.
Mereka yang memerlukan perkhidmatan khidmat nasihat/ rujukan :-
  • Ibu bapa dan keluarga penagih.
  • Pelajar-pelajar sekolah & Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Kakitangan Kerajaan/ Swasta.
  • Agensi dan Badan Perubatan.
CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)
(PUSAT KHIDMAT AADK)
DEFINASI CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)
  • Sebuah institusi dikendalikan dengan lebih terbuka dan kondusif supaya dapat memainkan peranan penting dalam membantu mempercepatkan proses kepulihan dan seterusnya berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani hidup sihat tanpa dadah.
 FUNGSI CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)
  • Pusat aktiviti harian, singgah masuk, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat dan rujukan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.
KUMPULAN SASARAN
  • Kes yang memerlukan perkhidmatan pemulihan :
  1. OKP.
  2. Kes Sukarela.
  3. Pengguna Dadah.
  4. Bekas Penagih Dadah.
 Mereka yang memerlukan perkhidmatan khimat nasihat/ rujukan :
  1. Ibu bapa dan keluarga penagih.
  2. Pelajar-pelajar sekolah & Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  3. Kakitangan Kerajaan/ Swasta.
  4. Agensi dan Badan Perubatan.

No comments:

Post a Comment