Friday, August 23, 2013

KENALI BAHAYA GANJA


(BAHAYA MENAGIH GANJA)
Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penghisap ganja menghadapi kesusahan untuk berhenti daripada tabiat mereka. Ini adalah akibat penggunaan ganja yang dikatakan menyeronokkan. Penghisap ganja terpaksa menambah jumlah ganja yang dihisap kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut meningkat.
Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan . Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka terus menggunakannya walaupun terdapat tanda-tanda yang ganja merosakkan mereka. Ini merupakan bukti bahawa pergantungan secara psikologikal telah berlaku.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa gejala tarikan seperti marah-marah, tidak boleh tidur, sakit perut dan hilang selera makan berlaku kepada penghisap ganja kronik yang cuba untuk berhenti menghisap ganja. Ini menunjukkan bahawa ganja juga boleh mendatangkan pergantungan secara fizikal.


 
(KESAN GANJA KEATAS OTAK)

Ganja mengubah personaliti penghisap. Bukti menunjukkan bahawa seseorang itu hanya perlu menghisap dua batang rokok ganja seminggu    selama 3 bulan sebelum perubahan kelakuan   berlaku. Ia tidak lagi mempedulikan keadaan/masalah sekelilingnya dan tidak lagi berasa    bimbang. Penghisap ganja mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila keupayaan mentalnya menjadi semakin lemah, ia tidak sedikit pun menggambil akan masalah yang dihadapi.

 
(KESAN DALAM TUBUH MANUSIA)

Bahan Kimia yang terdapat pada Ganja terkumpul dalam tubuh manusia. 30% - 50% THC tertinggi dalam tubuh manusia seminggu selepas menghisap sebatang rokok ganja dan dianggarkan bahawa 4 – 6 minggu berlalu sebelum semua THC di keluarkan daripada tubuh mengikut proses fisiologi normal.  

Jika seseorang menghisap ganja terus menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh, terutama sekali di bahagian otak, paru –paru dan organ pembiakan, yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu . 

 
TAHUKAH ANDA ?
 
Ganja (Cannabis sativ syn,Cannabis indica) adalah tumbuhan renek yang menghasilkan serat, namun ianya lebih dikenali kerana kandungan zat narkotin pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol) adalah bahan aktif yang boleh membuat penghisapnya mengalami euforia (rasa lapang yang berpanjangan tanpa sebab). 

SANTAI MINDA

 SUDU
 Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.




1 comment:

  1. Maaf. kebanyakkan yang ditulis mengenai kanabis adalah salah sama sekali. Ini sepatutnya artikel mengenai dadah HEROINE...'tidak lagi mempedulikan keadaan/mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi/keupayaan mentalnya menjadi semakin lemah'. Sungguh ini menyimpang dari fakta. Sebelum membuat artikel, sila buat rujukan terlebih dahulu. Kandungan didalam Cannabis iaitu CBD boleh menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis penyakit termasuk HIV, diabetes, hammrhoid, gout, gastric, etc. Kandungan THC pula adalah kandungan yg boleh menyebabkan seseorang itu euphoric (tenang) dan diguna utk rawatan pesakit alzheimer, epilepsi, autisme dan migrain. Istilah TIDAK SIUMAN atau KHAYAL itu sesuai bagi pengguna ubatan kimia, bukan pengamal ubatan herba ini. Jika diambil berlebihan paling dahsyat efek cannabis ini ialah tidur. Tiada istilah overdose atau meninggaldunia kerana Cannabis. Jauh sekali merosakkan saraf otak dan tubuh badan melainkan pengguna nya menggunakan ganja dengan cara sedut (rokok) dicampur dgn tembakau. Penyebab utama diHARAM kan selain kerana undang2 kita mmg termaktub begitu, Cannabis mampu meruntuhkan industri Farmasi dunia kerana keberkesanannya membina imunisasi untuk badan. Maka akan lingkuplah segala pencipta ubatan kimia yg terang2an akan meninggalkan kesan seperti kanser pada penggunanya. Semenjak 3 dekad ini dunia perubatan mainstream sudah mula menerima kembali Kanabis sebagai penawar mujarab pelbagai penyakit, namun secara berperingkat. Pesakit kanser kronikk di Malaysia juga ada yg beralih kepada rawatan Kanabis daripada mengambil rawatan Kimoterapi yg sedia maklum hanya memendekkan jangka hayat pesakit kerana mematikan sel2 dalam badan selepas rawatan itu. Kajilah, janganlah keji. Taip kat Google, "BENEFITS OF MARIJUANA", "CANNABIS TREATMENT" jika malas nak baca buku pun.

    ReplyDelete