Friday, August 23, 2013

KENALI BAHAN LARANGAN & BERBAHAYA: INHALAN


INHALAN
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan  bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.
 
CIRI-CIRI PENAGIH INHALAN
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

 
KESAN/AKIBAT INHALAN

Serta-merta
· Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit,        fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

Jangka panjang
· Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.
 
SANTAI MINDA
Ok, dah kena!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia. Si ibu pun undur       keretanya. “Lagi mak undur lagi” kata anak dia. “Lagi lagi” kata anak dia. Si ibu pun     undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang. Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!

No comments:

Post a Comment