Friday, August 23, 2013

Dadah dan Anda!


  Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
  Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. 

 

Ciri-ciri penagihan dadah

  •  Mata dan gerak bahasa badan berubah
  • Kesan lebam pada bibir atau jari
  • Perubahan emosi yang ketara dan tidak stabil
  • Lebih suka mengasingkan diri dan tidak banyakbercakap
  • Motivasi merosot, pencapaian pelajaran menurun.
  • Hidung kerap berdarah terutama bagi penghidu kokain. 

 
                                                              TAHUKAH ANDA ?
 
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. 

*Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

CUBA BACA
COPOT CAHABAT CIPUT- Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan...




 



No comments:

Post a Comment